Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang mengalami kelewatan disebabkan penjajaran landasan yang bengkok berhampiran Stesen LRT Bandaraya.<br /><br />Menurut Rapid KL dalam satu kenyataan, pemeriksaan awal mendapati ia disebabkan oleh kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan itu.
